Bertanggungjawab menyelaraskan urusan perakuan, persijilan dan pembaharuan bagi Personel Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) serta Panel Penilai TVET (PPV/APV). Bahagian ini juga mengendalikan kursus induksi pentauliahan (KIPPKM) di samping menyelaras aktiviti Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence - CoE) WorldSkills serta pengurusan tapak pertandingan kemahiran.

Laporan Projek Kompetensi Calon (LPKC) adalah satu dokumen yang menjelaskan pengalaman kerja (dalam bentuk laporan projek) yang dimiliki, dialami, dilalui dan/atau dilakukan oleh calon DKM/DLKM berdasarkan Standard. 

Skill Level: Beginner

Panduan Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bertujuan menetapkan peraturan pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT. Panduan ini merupakan edisi kemas kini kepada Panduan Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang telah diterbitkan pada tahun 2014. Adalah diharapkan panduan ini dapat memberi kefahaman dan membantu pihak berkaitan dalam melaksanakan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT ini dengan lebih berkesan. Panduan ini hendaklah dibaca bersama Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652] dan panduan panduan berkaitan dengan Persijilan Kemahiran Malaysia yang sedang berkuatkuasa.

Skill Level: Beginner