
Peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus ini akan memperolehi Sijil Kursus Induksi ADI Perantisan dan boleh memohon perakuan pengiktirafan kelayakan sebagai personel pentauliahan (PPKSPP). PPKSPP merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih/perantis di Pusat Bertauliah SLDN.
Ingin Menjadi Pengajar atau Jurulatih SLDN?
Kursus Induksi ADI Perantisan ini merupakan suatu keperluan kepada personel SLDN yang dilantik samada sebagai pengurus, penyelaras,coach mahupun pengajar pusat bertauliah SLDN. Kursus ini merupakan kursus asas yang WAJIB dihadiri oleh semua personel SLDN sebelum menjalankan program latihan SLDN di Pusat Bertauliah. Peserta kursus akan diberi penerangan secara komprehensif mengenai konsep dan pelaksanaan SLDN. Kursus-kursus lain yang perlu dihadiri oleh personel SLDN yang dilantik selepas Kursus Induksi ADI Perantisan ini ialah kursus ADI Perantisan Coach Training Programme untuk jurulatih SLDN dan kursus ADI Prantisan Trainer Training Programme untuk pengajar pusat latihan SLDN.
Kelebihan Memiliki Sijil Induksi ADI Perantisan
- Layak membuka Pusat Bertauliah SLDN
- Layak menempatkan pelatih SLDN di syarikat anda
- Lantikan sebagai Pengurus Pusat Bertauliah SLDN
- Lantikan sebagai Pengajar Pusat Latihan SLDN
- Lantikan sebagai Coach Industri SLDN
- Lantikan sebagai Pegawai Pengesah Luaran PPL-SLDN
Jangkamasa Kursus
Sesi pembelajaran kursus ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Tiada had masa yang ditentukan bagi setiap modul, peserta kursus boleh melaksanakan setiap aktiviti pada bila-bila masa yang sesuai. Kursus ini mengambil masa sekurang-kurangnya 6 jam untuk disiapkan.
- Teacher: MOHD MUSTAFFA BIN SURIB@HJ ABDULLAH (CIAST)
- Teacher: Nurashikin Ismail

The purpose of this course is to obtain basic understanding for development of skill training questions before taking a practical course.
- Teacher: Nagae Yutaka

The purpose of this course is to obtain basic understanding for NDTS. trainer training before taking a practical course.