Mengurus dan memantau peruntukan projek pembangunan fizikal, infrastruktur, peralatan serta kemajuan kewangan bagi keseluruhan fasiliti CIAST. Di samping itu, bahagian ini bertanggungjawab merangka pelan pembangunan staf skim DV berasaskan Training Road Map, serta melaksanakan program peningkatan kepakaran tenaga pengajar TVET rentas agensi melalui kolaborasi industri tempatan dan antarabangsa.